Wahahaha..mesti korang ingat die bakal melahirkan seorang anak kan??korang kne la bace entri nie sampai abes btl ke tak citer nie!!
Tapi sayang korang salah..Bukan anak la!!!!tapi bakal melahirkan sebuah album sulung beliau yang dijangkakan akan berada di pasaran pada bulan 4 ini.
Kami pihak GTBMY di jemput ke sini pada Ahad yang lalu. Ditemani oleh GTB daydeck86 dan reporter capok iaitu saya/gua/aku.kami sampai dalam pukul 2.30 petang di House,G Tower
Sepetang bersama NK ..sesi dimana kami dapat mendengar Norish Karman (atau senang nak sebot NK) menyanyi di depan hadirin tanpa miming. NK telah menyanyikan 3 buah lagu dari album beliau dan salah satunya ialah Kasihku Selamanya dan juga Rahsia Hati .
Mak gua memang saje bagi gua panas.. siap laga-laga pipi bagai
NK nie memang smokey-hot gojes mak dara, petah berkata-kata dan mempunyai aura pesona tersendiri telah dilahirkan pada 11 Mei 1974 di Singapura. Pernah terpilih mewakili Singapura dalam dua pertandingan serantau iaitu Miss Asia dan Miss Asian.
Pada tahun 1994, Nk pernah menghiasi muka hadapan Majalah Jelita dan bermulanya kerjaya NK dalam bidang lakonan apabila pengarah Sayang Salmah, Mahadi J. Murat telah menawarkan watak Salmah kepada beliau dalam filem Dayang Salmah
Lakonan NK yang berkesan telah mendapat perhatian ramai dimana filem Sayang Salmah telah menggondol 8 anugerah di Festival Filem Malaysia 1995 termasuklah filem terbaik.
Kalau korang nie dah lupe kat mana penah jumpe NK sebab banyak makan semot, beliau nie telahmencipta fenomena menerusi drama bersiri paling popolur di TV3, Spa Q dan Spa Q2 sebanyak 120 episod. Selain itu,NK telah terlibat dalam dua teater di Istana Budaya iaitu Teater Muzikal Terima Kasih Cinta (Mac) dan Monodrama(Disember).
Walaupun di landa dengan berbagai-bagai kontrovesi, NK bersikap professional dengan tidak membuat sebarang kenyataan balas. Bukan sebab goyang ngn press-press tapi bak kate orang tua-tua, berdiam lagi elok dari bersuara. Itulah inisiatif yang telah dibuat oleh beliau.
Tahun 2012, NK memfokuskan kariernya dalam bidang nyanyian pula yang sebenarnya merupakan jiwa NK. Pada tahun 2006, NK telah berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Vokal (R&B) di ‘World Championship of Performing Arts’ di Los Angeles. Bukan sebab main pancing-pancing undi tapi pengadil yang memberi keputusan dengan rela hati. Dengan terhasilnya sebuah album yang pertama dimana memuatkan 6 buah lagu, Norish Karman mengakui kewujudan album ini adalah sebagai satu usaha untuk mencuba sesuatu yang baru selepas kejayaanya di ‘World Championship of Performing Arts’ di Los Angeles. Disana, dia telah berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Vokal (R&B).
Yang sebelah nie skandal NK..ehh silap adek Zaid, Uzair yang malu-malu tgk NK..
Norish Karman telah berjaya menghasilkan album single-nya yang pertama yang mengandungi 2 buah lagu berjudul ‘Terus Melangkah (feat Filsuf) ciptaan Damien dan juga ‘Rahsia Hati’ ciptaan Julfekar.
Blogger dan kamera tak boleh dipisahkan…ada gak yg rakam NK nyanyi lagu untuk dengar sesorang bile ngah boring..hahahaha
Kedua-dua buah preview single pertama Norish sudah boleh ditonton di laman Youtube.
Apa pun, mari kita dengar dan tonton preview muzik video ‘Rahsia Hati’! Bila NK nyanyi kat depan kitaorang..waduh macam tak percaya..Suare die memang kaw la..leh la join partner ngn Ning Baizura..memang ade suara ala-ala soprano wa cakap lu..bkn berdiri je bulu tangan, Bulu kaki pun same..hehehehe
Preview untuk lagu Rahsia Hati
Ni pula lagu preview lagu Pencinta
Amacam??Ade butut ka gua cakap..memang style la sore die..i lykee sore2 cmnie..
Cam biasa mestilah ambil gambar berdua..ingatkan NK ni kekwat rupanya dia memang bagus. Nape aku tidak diberikan peluang sebegini rupe..haiiyaaa!!!!
Ape hal la plak ramai-ramai tejuloq lidah nie…Bukan muntah darah sebab dengar suare NK tapi inilah trademark untuk fanclub NK..Bluwweekk name diberi..
Antara blogger-blogger yang hadir..Yang perempuan 3 orang je..yang lain sume lelaki. Pepaham sendiri la.
Sori la saye xde ape-ape hubungan dengan die. Tapi memang sempoi dan hati kering..
Korang tenguklah apa yang NK isi dalam kotak…jajan kanak-kanak ribenalah..lain dari yang lain kan.Nie la stok bukan saje untuk budak-budak malahan untuk abang-abang beliau..biasa la time kecik-kecik xdapek raso..Nie la mase nk repeat balik…
tak sangka aaa NK pandai menyanyi..terkejutt a
kak ina kl recently posted..KAKINAKL.COM NAK BAGI RM
waaaahhh… dah nak ada album yea.. congrats NK!!
KiD recently posted..Dah takde nama lain ke? Malaikat Maut ke kamu?